AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Terima Pengiktirafan Sebagai Bank Islam Baharu 2015 Oleh GIFA Di Bahrain



BAHRAIN – Agrobank yang dimandatkan untuk memperkasakan sektor pertanian, Agrobank, hari ini dianugerahkan sebagai Bank Islam Baharu 2015 ( “The Upcoming Islamic Bank 2015”) di Majlis Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA). Anugerah berprestij tersebut telah disampaikan di satu majlis khas di Manama, Bahrain.

Pengiktirafan antarabangsa ini dilihat sebagai bukti di atas usaha Agrobank dalam mempromosikan sistem perbankan patuh Shariah sekaligus menyokong usaha Malaysia menjadi hab kewangan Islam. Agrobank secara rasmi bergelar Perbankan Islam sepenuhnya pada 1 Julai 2015 lalu dan mengalihkan kesemua sistem perbankan, operasi, dokumentasi dan produk kepada patuh Syariah.

“Agrobank berbesar hati diiktiraf oleh Anugerah Kewangan Islam Global yang menghargai usaha serta peranan institusi kewangan,” kata Dato Wan Mohd Fadzmi, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank.

“Sektor makanan berkait rapat dengan pertanian, dan produk halal merupakan perkara yang amat dititikberat oleh umat Islam. Dengan peralihan kepada sebuah institusi kewangan islam, Agrobank berada pada kedudukan yang tepat  untuk menyediakan produk pembiayaan patuh syariah untuk melengkapkan kitaran pengeluaran makanan halal, ” kata Dato ‘Wan Mohd Fadzmi .

“Setakat Julai 2015, syer Agrobank dalam pembiayaan sektor agromakanan amat memberangsangkan, iaitu berjumlah RM2,654.85 juta atau 23.76% daripada jumlah keseluruhan pembiayaan sistem perbankan berjumlah RM11,172.35 juta. Kami yakin dengan menawarkan pembiayaan patuh syariah, ia akan memberikan lebih keyakinan kepada usahawan, pengeluar makanan dan para pelanggan untuk terus komited menjalankan perniagaan mengikut prinsip-prinsip Syariah.” tambah beliau lagi.

 Beliau juga berkata bahawa, sungguh pun perjalanan ke arah perbankan Islam sepenuhnya adakalanya mencabar, Agrobank berbangga akan usahanya dalam menyumbang ke arah pengukuhan ekonomi Islam. “Kami juga amat berbesar hati untuk menerima pengiktirafan ini. Pengiktirafan ini hasil dari usaha warga kerja Agrobank yang bekerja keras untuk memastikan peralihan Agrobank kepada sistem perbankan Islam sepenuhnya.”

“Kami juga amat bersyukur dengan sokongan padu yang diterima dari Bank Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga ahli lembaga pengarah serta pihak-pihak berkepentingan Bank dalam merealisasikan  visi kami” tambah Dato’ Wan Mohd Fadzmi lagi. Majlis anugerah itu turut dihadiri Duta Malaysia ke Bahrain Dato’ Ahmad Shahizan Abdul Samad.

GIFA, yang dianjurkan oleh Edbiz Consulting berpusat di London sejak 2011  memberi penghormatan kepada bank-bank, institusi kewangan, agensi perunding, agensi penarafan, broker insuran dan syarikat  teknologi di seluruh dunia yang memberi sumbangan dan inspirasi kepada industri perbankan global dan kewangan Islam.