AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Anjur Program Perkongsian Maklumat Bersama Pelanggan Wilayah Utara



SEBERANG JAYA, P.PINANG – Agrobank hari ini meneruskan penganjuran siri bicara bisnes “Agenda Agro: Prospek dan Peluang dalam Sektor Pertanian” yang diadakan di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Program ini telah dihadiri lebih 100 orang tetamu yang juga merupakan pelanggan Agrobank di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis (PPKP).

Pulau Pinang merupakan lokasi keenam selepas penganjuran di lima lokasi sebelum ini iaitu di Perlis, Pahang, Sarawak, Johor dan Perak. Program Agenda Agro yang telah dianjurkan Agrobank sejak tahun 2015 dengan objektif memberi pendedahan kepada para pelanggan menerusi sesi perkongsian maklumat khsususnya berkenaan potensi dan peluang dalam sektor pertanian dan membantu mereka untuk merangka perancangan strategik untuk meluaskan empayar perniagaan. Program ini juga memberi nilai tambah buat usahawan tani untuk mendapatkan maklumat terkini tentang polisi kerajaan dalam membantu meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi mereka.

Menurut Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, menerusi program Agenda Agro ini dapat membantu para pelanggan untuk melihat industri pertanian dari perspektif yang lebih luas khusususnya di wilayah Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

“Agrobank sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya dan ini dapat dilihat dengan prestasi Bank yang membanggakan di mana untuk suku ketiga tahun 2016, Agrobank secara keseluruhan telah mencatatkan nilai pembiayaan yang sangat membanggakan iaitu sebanyak RM8.44 billion. Ini merupakan pertumbuhan 13.40% berbanding 3.3% yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lalu. Agrobank Wilayah Pulau Pinang, Kedah dan Perlis juga telah menyumbang 12.34% atau RM1.04 billlion daripada RM8.44 billion pembiayaan keseluruhan Agrobank tahun ini,” kata Dato’ Wan Mohd Fadzmi.

Tambah Dato’ Wan Mohd Fadzmi lagi, selain pencapaian yang memberansangkan dalam segmen pembiayaan, deposit di wilayah ini juga menunjukkan prestasi menggalakkan di mana setakat September 2016, cawangan Agrobank di utara ini telah mencatatkan pertumbuhan nilai deposit keseluruhan sebanyak RM850.91 juta berbanding tahun lalu sebanyak RM793.95 juta.

Pada majlis yang sama, Agrobank turut menyampaikan sijil penghargaan kepada lima (5) AGROAgent (Ejen Perbankan) dengan prestasi terbaik di wilayah Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Pengiktirafan ini diberikan khusus bagi menghargai usaha dan komitmen ejen-ejen perbankan AGROAgent dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti pertanian dan juga masyarakat setempat. Lima (5) agensi berikut adalah:

 

No. Agent Jumlah Transaksi Nilai Transaksi
1. PPK Setia Jaya D-1 Tambun Tualang 1233 RM60,525.69
2. PPK Jaya Diri E-1 Simpang Empat 1179 RM88,052.80
3. PPK A-1 Arau 1126 RM41,714.58
4. PPK Padang Siding 1085 RM110,314.58
5. PPK Bahagia C-1 Kangar 1033 RM68,027.92

Sejak dilancarkan pada tahun 2014, seramai 63 AGROAgent telah dilantik di Wilayah Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Secara keseluruhannya, Agrobank kini mempunyai seramai 435 wakil AGROAgent di seluruh negara.

Dalam pada itu, Agrobank turut menyampaikan sijil penghargaan kepada tiga (3) syarikat korporat dari wilayah Pulau Pinang/ Kedah/ Perlis terbaik yang menggunakan perkhidmatan AGRONetBIZ yang perbankan dalam talian Agrobank. Tiga (3) syarikat berikut adalah:

No. Syarikat
1. Perniagaan Mudim Zakaria
2. YNB Tamin Enterprise
3. TKF Industry Sdn. Bhd

*AGRONetBIZ refers to corporate clients that uses Agrobanks’s internet banking services

????????????????????????????????????