AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agenda Agro: Perkongsian Mengenai Prospek Dan Peluang Dalam Sektor Pertanian



KUCHING, SARAWAK Agrobank hari ini meneruskan penganjuran siri bicara bisnes Agenda Agro: Prospek dan Peluang dalam Sektor Pertanian yang diadakan di Kuching, Sarawak. Program ini telah dihadiri oleh 80 orang tetamu.

Memasuki siri ketiga selepas penganjuran di Perlis dan Pahang tahun lalu, Program Agenda Agro meneruskan matlamat untuk memberi pendedahan menerusi sesi perkongsian maklumat tentang potensi dan peluang yang boleh diaplikasikan dalam melakukan perancangan strategik untuk meluaskan empayar perniagaan masing-masing. Program ini juga boleh dijadikan sebagai nilai tambah buat usahawan tani untuk mendapatkan maklumat terkini tentang polisi kerajaan dalam membantu meningkatkan pendapatan dan taraf sosio-ekonomi mereka.

Menurut Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Sarawak merupakan antara negeri yang gigih dan aktif dalam menjalankan aktiviti pertanian dan asas tani dan ini dapat dilihat pada peningkatan segmen pembiayaan Agrobank yang dicatatkan setiap tahun.

Pada tahun 2015, jumlah pembiayaan yang telah diluluskan oleh Agrobank bagi  negeri Sarawak adalah RM597.40 juta. Daripada jumlah ini, 82.70% adalah untuk pembiayaan bagi sektor pertanian dan industri asas tani. Angka ini selaras dengan fokus Agrobank untuk membangunkan sektor pertanian melalui pembiayaan yang dinamik meliputi rantaian nilai yang menyeluruh dalam bidang pertanian, kata Dato’ Wan Mohd Fadzmi.

Selain pencapaian yang memberansangkan dalam segmen pembiayaan, deposit di negeri Sarawak juga menunjukkan prestasi membanggakan pada tahun 2015  dengan negeri ini mencatatkan nilai keseluruhan melebihi RM588 juta.

Pada sesi tersebut, Encik Mohamad Taufik Mahamad Zakaria, Ketua Jabatan Perancangan Strategik Korporat berkongsi informasi nmengenai RMK 11 dan juga prospek dan peluang dalam sektor pertanian. Sementara, Encik Mohd Rusdi Hitam, Ketua Jabatan Pembiayaan Perdagangan turut menyampaikan informasi mengenai perkhidmatan pembiayaan perdagangan Agrobank terutamanya untuk transaksi import-eksport. Agrobank merupakan DFI pertama yang menjalankan perkhidmatan pembiayaan perdagangannya sendiri.

c3c2e21b-056a-41b3-9743-cf3e2d364e2a

903a2627-6f14-47d3-afff-e7f697ba57d2

d378ab94-8c83-4db9-8bea-1d33fda60572

 Photo 1