AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Mendapat Pengiktirafan Global Atas Usaha Rangkuman Kewangan Yang Cemerlang



ISTANBUL, TURKI Agrobank, sebuah bank yang dimandatkan untuk memperkasakan sektor pertanian, diberi pengiktirafan daripada Global Good Governance Awards (3G) di bawah kategori Anugerah Perkhidmatan Kewangan 3G pada satu majlis khas yang telah berlangsung di Istanbul, Turki.
 
Anugerah Perkhidmatan Kewangan 3G ini diberikan kepada Agrobank sebagai penghargaan terhadap komitmen Agrobank dan usaha cemerlang dalam meningkatkan rangkuman kewangan (financial inclusion) serta inisiatif yang diambil Agrobank dalam meningkatkan akses perkhidmatan kewangan
 
Dr. Humayon Dar, Pengerusi Jawatankuasa Anugerah 3G berkata, Jawatankuasa Anugerah amat kagum dengan peranan Agrobank dalam membangunkan produk dan perkhidmatan kewangan yang mendukung 5 konsep Tadbir Urus Global yang terbaik iaitu – tanggungjawab sosial, kemampanan, kesan, inovasi & ketelusan.  “Agrobank menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyokong inisiatif kerajaan ke arah mencapai rangkuman kewangan penuh yang akan meningkatkan kehidupan masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan (unserved) dan memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya di kawasan luar bandar,” kata Dr. Dar pada majlis anugerah tersebut, yang diadakan sempena Forum Penderma Global 2016.
 
Anugerah Tadbir Urus Global “Anugerah 3G” ini diberikan kepada kerajaan, badan-badan korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) atas kecemerlangan dari segi ketelusan, tadbir urus yang baik serta tanggungjawab sosial.
 
Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkata, “Agrobank amat berbangga untuk menerima anugerah berprestij ini. Ini adalah satu pengiktirafan kepada semua warga kerja Agrobank yang telah bekerja tanpa mengenal penat dan lelah terutamanya dalam memberikan perkhidmatan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh kepada masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan (unserved and underserved community).
 
Agrobank ditubuhkan dalam tahun 1969 dengan mandat yang jelas, iaitu untuk menyediakan akses kewangan dan kredit untuk pembangunan dan perkembangan  komuniti pertanian di Malaysia.  Ianya sejajar dengan aspirasi negara untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan menyediakan peluang ekonomi kepada masyarakat terutamanya kepada komuniti di kawasan luar bandar.
 
Kami sentiasa percaya bahawa rangkuman kewangan merupakan ejen yang efektif dalam memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi,memperkasakan individu dan masyarakat.  Salah satu fokus untuk meningkatkan rangkuman kewangan ialah dengan menyediakan akses untuk pelbagai perkhidmatan kewangan yang berkualiti dan pembiayaan pada kadar yang kompetitif, kata Dato Wan Mohd Fadzmi.
 
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Agrobank telah meletakkan fokus utama dalam membentuk produk-produk yang lebih inovatif untuk kumpulan sasaran seperti ‘Paddy-i’ iaitu pembiayaan yang dirangka khusus untuk memenuhi keperluan golongan petani yang memperolehi pendapatan bermusim dan juga pembiayaan khas untuk orang kurang upaya (OKU) yang dikenali sebagai ‘AgroBakti’.
 
Ini selaras dengan objektif Agrobank dalam meluaskan rangkuman kewangan yang merupakan serampang dua mata demi pembangunan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan dan juga pendekatan yang proaktif ini yang secara tidak langsung membuka pasaran baru, tambah Dato Wan Mohd Fadzmi lagi.
 
Di samping pembiayaan berinovatif, Agrobank turut memberikan tumpuan kepada perkhidmatan di kawasan luar bandar. Lebih 71% cawangan dan kiosk Agrobank terletak di kawasan luar bandar. Malah ada di sesetengan pekan kecil, Agrobank merupakan satu-satunya bank yang memberi khidmat untuk kawasan dan daerah itu.
 
Agrobank juga telah melantik 210 ejen perbankan di kawasan luar bandar untuk menyediakan khidmat kewangan asas di mana ianya juga merupakan salah satu inisiatif rangkuman kewangan.
 
Agrobank sentiasa berusaha untuk mengimbangi peranan pembangunan dan komersialnya. Agrobank kini menyediakan pembiayaan rantaian nilai penuh untuk sektor pertanian, termasuk aktiviti huluan seperti input bekalan pengeluaran pertanian, seterusnya kepada aktiviti hiliran seperti pemprosesan dan penjualan produk pertanian kepada pelanggan.
 
“Kami berterima kasih atas sokongan yang berterusan daripada Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, ahli lembaga pengarah dan pihak-pihak kepentingan Agrobank dalam merealisasikan visi kami.
 
“Tetapi yang paling utama, kami amat berterima kasih kepada pelanggan-pelanggan Agrobank, yang telah menjadi tunggak kekuatan Bank serta sentiasa menyokong Agrobank selama ini. Kami amat menghargai komitmen, keberanian mereka dan fokus yang diberikan untuk mencipta kehidupan yang lebih baik untuk diri mereka sendiri dan masyarakat. Mereka adalah inspirasi kami untuk melakukan yang terbaik agar sentiasa menyediakan perkhidmatan kewangan yang berkualiti, “kata Dato Wan Mohd Fadzmi.
 
Pada 2 Mei 2016, Agrobank juga telah menerima anugerah daripada Persatuan Institusi Kewangan dan Pembangunan Asia dan Asia Pasifik (ADFIAP- Association of Development Financing Institutions in Asia and the Pacific) di atas usaha cemerlang dalam rangkuman kewangan. Majlis tersebut telah berlangsung di Samoa.
 
3G-1