AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Pelancaran AGROAgent oleh Agrobank



PAHANG Agrobank hari ini melancarkan khidmat perbankan terbaru iaitu AGROAgent, yang menyediakan perkhidmatan agen perbankan. Agen bank terbaru ini dilancarkan oleh Y.B. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA), di Dataran Kerayong, Bera hari ini.

Dengan perkhidmatan terbaru ini, Agrobank dapat meluaskan lagi perkhidmatan asas perbankan di kawasan luar bandar. Ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk menyokong inisiatif Bank Negara dalam mendekati segmen masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan, terutamanya dalam kawasan luar bandar, dengan cara yang lebih efektif melalui ejen perbankan.

Dengan perkhidmatan terbaru ini, Agrobank akan melantik ejen perbankan, untuk memberikan khidmat perbankan asas seperti deposit dan pengeluaran tunai. Khidmat perbankan asas yang lain boleh diuruskan oleh ejen termasuk pemindahan wang, pembayaran bil dan tambah nilai pra bayar.

Menurut Y.Bhg. Tan Sri Faizah Mohd Tahir, Pengerusi Agrobank, agen perbankan merupakan cara yang kos efektif untuk bank meluaskan khidmat ke kawasan luar bandar dengan adanya agen yang dilantik dibawah MOA membolehkan bank untuk memanfaatkan platform teknologi dalam menyediakan produk dan perkhidmatan perbankan inovatif kepada semua.

Dengan khidmat AGROAgent, pelanggan tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke bandar yang terdekat bagi membuat pengeluaran dan deposit kerana AGROAgent ditempatkan di lokasi yang strategik dalam kawasan kejiranan mereka. Kami memanfaatkan rangkaian yang disediakan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian (MOA)

Malah, perkhidmatan baharu yang disediakan oleh Agrobank membuktikan komitmen Bank dalam menyediakan kemudahan perbankan asas kepada masyarakat di luar bandar seperti mana peranan yang dimandatkan kepada kami jelas Tan Sri Faizah.

Agrobank telah melantik 4 wakil agent sebagai permulaan sejak awal tahun ini, bekerjasama dengan Persatuan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Agrobank mensasarkan untuk merekrut lebih 250 ejen di seluruh Negara termasuk Sabah dan Sarawak menjelang akhir tahun 2015.

Dalam tahun pertama, Agrobank mensasarkan sebanyak 250,000 transaksi melalui AGROAgent. Untuk beberapa tahun akan datang, kita menjangkakan AGROAgent akan mempunyai hampir 1,000 ejen beroperasi di seluruh Malaysia bagi memberikan pelanggan kami akses mudah terhadap kemudahan yang dipertingkatkan ini, kata Tan Sri Faizah.

Pada majlis tersebut, Y.B. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob menyampaikan surat pelantikan kepada 13 ejen AGROAgent. Turut hadir menyaksikan upacara itu ialah Y.H Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Y.B. Dato’ Sri Haji Saipolbahari bin Ismail, Pengerusi Persatuan Peladang (NAFAS) dan Puan Marina Abdul Kahar, Pengarah Jabatan Pembangunan Kewangan dan Enterprise dari Bank Negara Malaysia dan 500 hadirin dari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (PPK) dan agensi-agensi MOA.

Bercakap bagi pihak Bank Negara, Puan Marina Kahar berkata, Institusi kewangan memainkan peranan yang penting sebagai saluran kewangan dengan menyediakan perkhidmatan kewangan yang penting untuk semua lapisan masyarakat. Institusi kewangan juga telah berusaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penggunaan dan bertanggungjawab dalam perkhidmatan kewangan, terutamanya Ejen Perbankan.

Pengenalan Rangka Kerja Kawal Selia Perbankan Ejen pada tahun 2012 adalah salah satu inisiatif utama yang dikenal pasti di bawah Pelan Sektor Kewangan 2011-2020. Inisiatif ini bertujuan untuk menyumbang kepada agenda rangkuman kewangan dengan meningkatkan akses kepada kualiti dan perkhidmatan kewangan yang berpatutan, terutamanya di kawasan-kawasan yang kurang mendapat liputan perkhidmatan. Inisiatif agen perbankan telah menghasilkan keputusan yang memberangsangkan. Dalam masa dua tahun, hampir 95% daripada 837 mukim (daerah kecil) dengan jumlah penduduk lebih daripada 2,000 mempunyai sekurang-kurangnya satu pusat akses kewangan, Ini adalah peningkatan ketara daripada hanya 46% pada tahun 2011. Pencapaian ini telah melebihi sasaran awal sebanyak 90 % pada akhir tahun 2014. Kini terdapat lebih daripada 5,600 ejen bank di seluruh negara dengan jumlah transaksi melebihi 26 juta berjumlah RM2.9 bilion.

Melangkah ke hadapan, bank akan meningkatkan perkhidmatan di mana pelanggan juga boleh melakukan urus niaga antara bank (MEPS), mencetak penyata, kiriman wang, pembayaran balik pembiayaan dan lain-lain perkhidmatan. Para pelanggan juga bakal boleh menggunakan perkhidmatan membuka akaun baharu di premis Ejen pada tahun 2016.

Bagi memastikan perkhidmatan AGROAgent dijalankan dengan cara yang selamat dan boleh dipercayai, Agrobank telah meletakkan langkah-langkah keselamatan yang ketat dan mematuhi segala garis panduan ejen perbankan oleh Bank Negara Malaysia. Piawaian yang ditetapkan oleh Agrobank, AGROAgent di premis ejen tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan tersebut demi kepuasan pelanggan.

Tan Sri Faizah berkata Agrobank akan terus menyokong agenda nasional dalam mempromosikan perbakan inklusif dan meningkatkan akses kepada servis perbankan formal di seluruh Negara.