AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Akta Perlindungan Data Peribadi

NOTIS AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

  1. Bank Pertanian Malaysia Berhad (“Agrobank” atau “kami”) dengan ini ingin memaklumkan kepada anda bahawa notis ini diberikan kepada anda berikutan daripada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”). Kami memerlukan data peribadi anda untuk memahami keperluan anda dan memberikan anda perkhidmatan yang lebih baik. Untuk tujuan notis bertulis ini, terma-terma “data peribadi” dan “pemprosesan” hendaklah mempunyai maksud seperti yang dinyatakan di dalam Akta tersebut.

 

JENIS DATA PERIBADI YANG KAMI KUMPUL SERTA CARA KAMI MENGUMPUL DATA TERSEBUT

  1. Apabila anda memilih untuk mewujudkan hubungan perniagaan perbankan/ pekerjaan/ perniagaan dengan Agrobank, kami akan memperoleh data peribadi anda melalui beberapa cara yang berikut tetapi ianya tidak terhad kepada berikut:

 

  • data peribadi misalnya nama, alamat, alamat e-mel, nombor telefon, pekerjaan, aset dan pendapatan menerusi borang permohonan anda atau borang lain,;
  • data peribadi tentang transaksi anda dengan kami atau pihak ketiga, misalnya baki akaun, sejarah pembayaran dan aktiviti akaun;
  • data peribadi daripada laporan biro kredit, agensi kredit, pihak berkuasa dan/atau syarikat-syarikat;
  • data peribadi diperoleh dari sesi temujanji/ penglibatan dengan kami atau semasa sesi penilaian; dan
  • komunikasi bertulis yang lain dengan kami atau dokumen yang diberi kepada kami sebelum dan semasa menjalankan perniagaan kami.

(secara kolektif, “Data Peribadi”).

BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN DATA PERIBADI ANDA

  1. Tujuan yang berkaitan dengan penggunaan dan pemprosesan Data Peribadi anda bergantung kepada jenis penglibatan/ hubungan anda dengan kami. Tujuan penggunaan dan pemprosesan Data Peribadi anda mungkin termasuk yang berikut:

(a)      mewujudkan hubungan perniagaan perbankan dan mengemaskini rekod kami;

(b)      penilaian risiko dalam pemberian pembiayaan;

(c)       pemulihan hutang;

(d)      pengesanan / pencegahan / pendakwaan penipuan, penipuan atau mana-mana kes lain yang serupa;

(e)      mengurus dan mengemas kini maklumat akaun jika akaun anda dengan kami (jika ada);

(f)       untuk tujuan deposit takaful;

(g)      untuk menilai, memproses dan menyiasat risiko dan tuntutan takaful;

(h)     bagi membolehkan sesuatu pihak untuk menilai penyerahan hak sah atau disarankan, penyertaan, sub-penyertaan, dan / atau novasi hak-hak dan / atau kewajipan;

(i)       untuk mengekalkan dan melindungi pejabat kami dan mesin juruwang        automatik;

(j)       menjalankan kajian dan analisis sewajarnya bagi peningkatan produk dan perkhidmatan perbankan kami;

(k)      mempromosi dan memasarkan produk dan perkhidmatan perbankan kami;

(l)      penyempurnaan dokumen termasuk untuk tujuan penyeteman dokumen dan apa-apa maksud lain yang berkaitan dengannya;

(m)   jika berkaitan, untuk tujuan kontrak perkhidmatan atau kontrak untuk perkhidmatan atau apa-apa kontrak lain yang telah dibuat antara anda dan kami; dan

(n)     bagi segala maksud lain yang sampingan dan berkaitan dengan mana-mana di atas.

(secara kolektif, “Tujuan”).

PENZAHIRAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Apabila menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan di atas, Data Peribadi anda boleh didedahkan kepada pihak-pihak yang dibenarkan (“Pihak yang Dibenarkan”) sama ada di dalam atau di luar Malaysia seperti yang berikut:

(a)  dalaman Agrobank, termasuk individu yang sedang menjalani latihan praktikal atau program latihan dengan Agrobank dan kakitangan yang mempunyai hubungan dengan anda;

(b)    Juruaudit, peguam, penasihat, ejen, kontraktor, vendor, penyedia perkhidmatan atau rakan-rakan strategik produk dan perkhidmatan kami yang berada di bawah kewajipan kerahsiaan dengan kami;

(c)   Mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau kawalselia termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad, Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Insolvensi Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri  dan lain-lain;

(d)  mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang terlibat dalam penilaian dan pemantauan produk dan perkhidmatan perbankan seperti Kementerian Pertanian dan dan Industri Asas Tani agensinya;

(e)    mana-mana badan penguatkuasa undang-undang yang menjalankan apa-apa siasatan;

(f)    kepada mana-mana pihak yang dibenarkan penzahiran di bawah undang-undang Malaysia, peraturan, arahan atau permintaan kerajaan.

  1. Kami mungkin akan melaporkan maklumat akaun kewangan milik anda kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sepertimana dikehendaki di bawah peruntukan Seksyen 132B Akta Cukai Pendapatan 1967, Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pertukaran Automatik Maklumat Akaun Kewangan) Pindaan 2017.

 

PRINSIP-PRINSIP PERLINDUNGAN DATA PERIBADI YANG KAMI PATUHI

Prinsip Keselamatan

Di Agrobank, kami memberi penekanan kepada keselamatan Data Peribadi subjek data  dan akan mengambil langkah-langkah praktikal untuk melindungi Data Peribadi anda daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau penzahiran yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan.

Prinsip Penzahiran

Semua Data Peribadi yang diberikan oleh anda akan diproses dan digunakan di Malaysia. Walau bagaimanapun, jika Data Peribadi anda akan dipindahkan keluar dari Malaysia bagi maksud yang berkaitan dengan permohonan pembiayaan anda / pekerjaan/ perniagaan seperti yang dibenarkan oleh anda, kami memastikan bahawa Data Peribadi anda hanya boleh dipindahkan ke negara-negara yang mempunyai undang-undang perlindungan data yang setara dengan APDP atau menyediakan perlindungan yang lebih baik daripada peruntukan APDP. Jika Data Peribadi anda perlu dipindahkan ke negara-negara lain yang tidak mempunyai undang-undang perlindungan data atau undang-undang yang tidak memberi perlindungan yang sama kepada peruntukan APDP, kami akan memastikan bahawa semua pemproses dan pengguna data hendaklah mematuhi semua peruntukan APDP.

Prinsip Penyimpanan

Kami bersetuju bahawa:

(a)  hanya akan memproses Data Peribadi mengikut arahan yang diberikan oleh anda dan selaras dengan APDP;

(b) mengambil langkah yang sewajarnya dari segi perkhidmatan pengurusan dan teknikal untuk melindungi Data Peribadi dari (i) sebarang pemprosesan atau penggunaan data peribadi yang tidak dibenarkan atau (ii) kerugian atau kemusnahan Data Peribadi disebabkan oleh kecuaian oleh pihak kami.

(c)  tidak akan menyimpan Data Peribadi anda untuk tempoh yang lebih lama daripada yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang.

  1. Prinsip Integriti Data

Pihak kami akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda adalah tepat dan relevan hanya untuk tujuan yang sah. Sila maklumkan kepada Agrobank dengan menghubungi kami atau berkunjung ke cawangan kami yang terdekat  sekiranya Data Peribadi yang diberikan sebelum ini  adalah tidak betul atau tidak tepat.

  1. Prinsip Akses

Sebarang permintaan akses untuk pembetulan Data Peribadi anda adalah tertakluk kepada suatu yuran seperti yang termaktub di bawah APDP. Borang tersebut boleh di dapati dengan menghubungi kami atau berkunjung ke cawangan kami yang terdekat.

  1. Jika anda mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kami telah melanggar prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam Notis APDP ini, kami menggesa anda agar membangkitkan perkara ini kepada kami dengan mendapatkan borang daripada kami, agar anda dapat menerangkan dan mengutarakan kebimbangan anda kepada kami.

 

  1. Di mana ia dinyatakan (contohnya dalam mana-mana borang permohonan atau borang pembukaan akaun), ia adalah wajib untuk memberikan Data Peribadi anda kepada kami untuk membolehkan kami memproses permohonan anda. Sekiranya anda memilih untuk menahan apa-apa Data Peribadi, ia mungkin menjejaskan permohonan anda dan / atau bagi kami untuk meneruskan perkhidmatan yang diberikan kepada anda atau untuk mewujudkan hubungan perniagaan perbankan/ pekerjaan/ perniagaan dengan anda.

 

  1. Kami boleh menyemak dan mengemas kini Notis APDP ini dari semasa ke semasa dan akan memberi notis tentang pindaan tersebut ke laman sesawang Agrobank yang boleh diakses melalui agrobank.com.my atau mana-mana cawangan Agrobank atau melalui mana-mana cara lain yang dianggap sesuai oleh Agrobank. Dengan meneruskan hubungan perniagaan perbankan/ pekerjaan/ perniagaan selepas perhubungan semakan dan mengemaskini anda dianggap telah menerima dan mengizinkan semakan dan kemas kini tersebut.

 

 

  1. Prinsip Notis dan Pilihan

Dengan menyediakan alamat, alamat e-mel, nombor telefon, nombor faksimili atau cara perhubungan yang lain anda bersetuju dan mengizinkan kami menghubungi anda melalui surat, e-mel, panggilan telefon, faksimili atau apa-apa kaedah lain. Adalah dimaklumkan bahawa anda mempunyai hak untuk menarik balik kebenaran yang diberikan kepada kami untuk mana-mana perkara di atas pada bila-bila masa dengan mengunjungi cawangan kami yang terdekat dengan mengisi borang yang ditetapkan.

 

  1. Bagaimana untuk menghubungi Agrobank:

Pegawai Pematuhan

Alamat

:

Level 16, Compliance Division,
Bangunan Agrobank,
Leboh Pasar Besar, 50726 Kuala Lumpur.

No telefon

:

03-27311600 sambungan  1621/2674

Emel

:

dpo@agrobank.com.my

Sekian, terima kasih.

 

Yang Benar,

Bank Pertanian Malaysia Berhad.