AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Program Celik Wang



DSC_3760

Program tanggungjawab sosial korporat yang dikenali sebagai Program Celik Wang telah diadakan di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Program telah dirasmikan oleh Encik Suhaimi Ali, Pengarah Jabatan Konsumer dan Amalan Pasaran, Bank Negara Malaysia. Turut hadir, Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman.
 
Program yang melibatkan murid-murid dari sekolah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur ini merupakan salah satu usaha dalam menyuntik kesedaran tentang kepentingan pengurusan wang dengan berhemah serta memberi ilmu dan tunjuk ajar mengenai cara menggunakan wang dengan bijak.