AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Mendapat Pengiktirafan Global Atas Usaha Rangkuman Kewangan Yang Cemerlang



3G-1

Agrobank, sebuah bank yang dimandatkan untuk memperkasakan sektor pertanian, diberi pengiktirafan daripada Global Good Governance Awards (3G) di bawah kategori Anugerah Perkhidmatan Kewangan 3G pada satu majlis khas yang telah berlangsung di Istanbul, Turki.
 
Anugerah Perkhidmatan Kewangan 3G ini diberikan kepada Agrobank sebagai penghargaan terhadap komitmen Agrobank dan usaha cemerlang dalam meningkatkan rangkuman kewangan (financial inclusion) serta inisiatif yang diambil Agrobank dalam meningkatkan akses perkhidmatan kewangan.