AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Dan Bank Muamalat Menandatangani Memorandum Persefahaman Bersama Risda Untuk Projek Rumah Bina Negara (RBN)



“Program pembiayaan perumahan RBN ini khusus untuk membantu para pekebun kecil memiliki rumah sendiri pada kadar yang amat berpatutan. Kos pembinaan setiap unit rumah kediaman dianggarkan berjumlah RM65,000 yang mana RM20,000 merupakan subsidi kerajaan berdasarkan Bajet 2017. Dengan pengurangan ini, jumlah yang perlu dibayar oleh para peserta yang layak adalah sebanyak RM45,000. Agrobank akan menyediakan pakej pembiayaan yang bersesuaian, tertakluk kepada kelulusan Bank Negara Malaysia, dalam menawarkan pembiayaan rumah sebanyak RM30,000 sehingga RM50,000 untuk peserta yang layak.