AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agenda Agro Berkenaan Prospek Dan Peluang Dalam Pertanian



Agrobank hari ini meneruskan penganjuran siri bicara bisnes “Agenda Agro: Prospek dan Peluang dalam Sektor Pertanian yang diadakan di Ipoh, Perak. Program ini telah dihadiri oleh 120 orang tetamu yang juga merupakan pelanggan Agrobank di negeri Perak.

Perak merupakan lokasi kelima selepas penganjuran di empat lokasi sebelum ini iaitu di Perlis, Pahang, Sarawak dan Johor Bahru. Program Agenda Agro yang telah dianjurkan Agrobank sejak setahun lalu meneruskan matlamat untuk memberi pendedahan kepada para pelanggan menerusi sesi perkongsian maklumat khsususnya berkenaan potensi dan peluang yang boleh dilaksanakan dalam merangka perancangan strategik untuk meluaskan empayar perniagaan. Program ini juga memberi nilai tambah buat usahawan tani untuk mendapatkan maklumat terkini tentang polisi kerajaan dalam membantu meningkatkan pendapatan dan taraf sosio-ekonomi mereka.