AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Kemudahan Pembiayaan Modal Kerja-i (Tawarruq)

Kemudahan Pembiayaan Modal Kerja-i ialah produk kemudahan pembiayaan kredit pusingan jangka pendek
disediakan untuk Pelanggan yang mahu memperoleh pembiayaan bagi tujuan keperluan modal kerja mereka Produk ini adalah berasaskan konsep Tawarruq.

 

Terdapat tiga (3) jenis pembiayaan ditawarkan di bawah Kemudahan Pembiayaan Modal Kerja-i (Tawarruq), iaitu:

1. Pembiayaan Belian

2. Pembiayaan Jualan

3. Pembiayaan Tunai

 

Ciri-Ciri Produk

Produk ini menawarkan kemudahan pembiayaan dengan ciri-ciri seperti berikut. Sebagai contoh:

Jumlah Kemudahan RM 200,000.00
Tempoh Kemudahan Berterusan tertakluk kepada semakan tahunan.
Jumlah Pembiayaan Belian/Jualan/Tunai Pembiayaan Belian : RM 20,000.00
Tempoh Pembiayaan Belian/Jualan/Tunai Pembiayaan Belian : 120 hari

Kadar Keuntungan

(Tertakluk kepada perubahan semasa)

Pembiayaan Belian: *7.85% setahun atas baki harian.

Jumlah Harga Belian 

RM 20,000.00 + (Rm 20,000.00 x 120 x 7.85% / 365)

= RM 20,516.16

 

Product Disclosure Sheet MK-i (Tawarruq)

Muat turun Risalah (A5)

 

Yuran & Caj

Duti Setem Seperti di dalam Akta Duti Setem 1949 (Semakan 1989)
Caj Guaman & Pembayaran Termasuk caj guaman untuk dokumentasi pembiayaan, pendaftaran gadaian, carian tanah, carian kebankrapan/muflis dan caj-caj lain yang berkaitan
Sumbangan Takaful Tertakluk kepada jumlah kemudahan yang diberikan (jika pelanggan adalah individu)
Caj Pembrokeran Caj pembrokeran/perdagangan untuk setiap transaksi Tawarruq yang berjaya adalah pada RM7 bagi setiap juta nilai pembelian komoditi.

 

Nota: Pihak Bank akan menghantar notis sekurang-kurangnya 21 hari kepada pelanggan sebelum sebarang perubahan dibuat di dalam fi dan caj yang berkuatkuasa.

Cagaran/Jaminan

Cagaran/jaminan dikenakan sekiranya nilai tanah cagaran tidak mencukupi. Pemohon perlu mengemukakan cagaran tambahan dan/atau penjamin yang berkelayakan.

HUBUNGI KAMI