AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

AgroCash-i

AgroCash-i adalah kemudahan bagi menyediakan pembiayaan peribadi kepada Pelanggan yang berkaitan dengan aktiviti pertanian dan asas tani.

Pembiayaan ini menggunapakai konsep Tawarruq.

 

 

Eligibility Criteria

Umur

Kakitangan Kerajaan
Berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun pada tamat tempoh  pembiayaan atau tempoh persaraan; yang mana lebih dahulu                             

Kakitangan GLC
Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun pada tamat tempoh pembiayaan atau tempoh persaraan; yang mana lebih dahulu

Kelayakan

Kakitangan Kerajaan
Berjawatan tetap dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 6 bulan  (telah disahkan jawatan atau dalam tempoh percubaan)

Kakitangan GLC
Berjawatan tetap
dan telah disahkan dalam jawatan serta berkhidmat sekurang-kurangnya setahun

Kelayakan Tambahan Bagi Had Pembiayaan RM250,000.00

Kakitangan Kerajaan

  • Berkhidmat di bawah pentadbiran Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun sahaja
  • Berjawatan tetap dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama enam (6) bulan. Pengiraan tempoh perkhidmatan adalah merangkumi tempoh perkhidmatan kontrak dan/atau interim (jika berkaitan)
  • Pendapatan kasar (termasuk gaji pokok dan elaun-elaun tetap) bergantung kepada pengiraan kelayakan (Had Potongan Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA), Nisbah Khidmat Bayaran Hutang (DSR) dan Lebihan pendapatan bersih (NDI)).
  • Nisbah Khidmat Bayaran Hutang/Debt Service Ratio (DSR) adalah sehingga 70% sahaja (termasuk permohonan yang mempunyai Pembiayaan Perumahan)
  • Lain-lain syarat adalah sepertimana dinyatakan di atas
Pendapatan

Kakitangan Kerajaan
Pendapatan kasar bulanan (termasuk elaun tetap) melebihi RM1,000

Kakitangan GLC
Pendapatan kasar bulanan (termasuk elaun tetap) melebihi RM2,000

Perlindungan Takaful Pelanggan digalakkan untuk mengambil Skim Takaful Kredit

Product Details

Had Pembiayaan

Kakitangan Kerajaan
Maksimum RM250,000**

Kakitangan GLC
Maksimum RM200,000

(**Rujuk Kelayakan Tambahan Bagi Had Pembiayaan RM250,000.00)

Tempoh Pembiayaan Maksimum Sepuluh (10) tahun

Kadar          Keuntungan (Tertakluk                 kepada kelayakan         dan perubahan semasa)

i. Kadar keuntungan untuk Kakitangan Kerajaan Persekutuan (Federal Government)

Tempoh Kadar Keuntungan
Sehingga 3 tahun KAS + 3.45% setahun
4 hingga 10 tahun KAS + 3.95% setahun

ii. Kadar keuntungan untuk Kakitangan Kerajaan Negeri (State Government), Badan Berkanun (Statutory Body), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Government Link Company (GLC)

Tempoh Kadar Keuntungan
Sehingga 3 tahun KAS + 3.82% setahun
4 hingga 10 tahun KAS + 4.27% setahun

iii. Bagi permohonan yang mempunyai rekod bayaran yang tidak memuaskan, kadar keuntungan adalah seperti:

Tempoh Kadar Keuntungan
Sehingga 10 tahun KAS + 4.85% setahun

Kadar Keuntungan Siling (CPR):

Kadar Asas Standard (KAS) + 7.75% setahun atau 10% setahun, mana-mana yang lebih  tinggi bagi pengiraan harga jualan

Kadar Keuntungan Efektif (EPR):

Pada kadar semasa dan tidak melebihi kadar keuntungan siling yang dikenakan dan dikira pada baki bulanan

Nota :

i. Kadar Asas Standard (KAS) semasa ialah 3.00%

ii. Tertakluk kepada Terma dan Syarat Pembiayaan

Fee & Charges

Jenis Fi dan Caj Keterangan Fi dan Caj
Bayaran Duti Setem Seperti yang termaktub di bawah Akta Setem 1949 (Disemak 1989)
Fi Broker RM 15.00 bagi setiap transaksi

Nota

  • Pihak Bank dari semasa ke semasa akan memaklumkan Pelanggan sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh pelaksanaan (jika berkenaan) sekiranya terdapat sebarang perubahan pada fi dan caj yang berkaitan.
  • Fi dan caj adalah tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan (“SST”) sebanyak 8% (jika berkenaan).

PDS-AGROCASH-i- (BAHASA)

TERMA SYARAT PEMBIAYAAN AGROCASH-i

Download A5 Flyers

WHATSAPP US