Modal Kerja-i Modal Kerja-i

Suatu kemudahan bagi membiayai keperluan modal kerja mengikut jenis-jenis pembiayaan yang dibenarkan oleh bank berdasarkan prinsip-prinsip syariah seperti berikut:

  • Bai’ Al-Innah (Pembiayaan Tunai)

Kaedah pembiayaan ini digunakan bagi membiayai pelanggan yang memerlukan tunai segera bagi urusan perniagaan hariannya.

  • Bai’ Al-Murabahah (Pembiayaan Belian/Import)

Pembiayaan ini digunakan bagi membiayai keperluan pelanggan membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan.

  • Bai’ Al-Murabahah (Pembiayaan Jualan/Eksport)

Pembiayaan ini digunakan bagi membiayai pelanggan yang menjual barang kepada pembeli secara kredit.

Nilai Kemudahan
Tidak dihadkan tertakluk kepada nilai cagaran yang dikemukakan

Jumlah Pembiayaan
Sehingga 100% daripada nilai muka inbois atau kos barangan  

Tempoh Pembiayaan
Minimum 30 hari
Maksimum 360 hari

Kadar Keuntungan
Bergantung kepada kadar keuntungan semasa yang telah ditetapkan Agrobank

Cagaran
Bercagaran penuh

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox Versi 2.0 dan ke atas dengan resolusi skrin 1024 x 768