Rasional Logo Rasional Logo

Identiti baru Agrobank telah direka bentuk bagi melambangkan misi strategik bank dalam memposisikan kedudukan Agrobank secara kompetitif dan meneraju pelaksanaan perkhidmatan kewangan menyeluruh dengan fokus pada pertanian. Pemilihan logo atau simbol tiga segi sama berwarna merah, yang melambangkan kestabilan dan kebolehpercayaan adalah selari dengan tenaga, komitmen dan aspirasi baru bank pertanian terunggul Malaysia di mana visi bersama bank dan pelanggan digambarkan melalui ikon bulatan di bawah simbol tersebut.

Pengenalan visual bank (nama dan logo) diperkukuhkan dengan penggunaan fon impak tinggi bagi memudahkan pengecaman dan pembezaan. Slogan korporat "Sentiasa di Sisi Anda" dikekalkan; melambangkan dedikasi Agrobank terhadap perkembangan sektor pertanian sejak 39 tahun lalu.

Rekabentuk logo Agrobank memaparkan simbol tiga segi sama dengan simbol bulatan di bahagian bawahnya.
Lambang bulatan di bahagian tengah pada lantainya bermaksud asas kekuatan bank ialah fokusnya kepada kehendak pelanggan sebagai rakan kongsi perniagaannya.

Simbol tiga segi sama melambangkan perspektif umum iaitu kekuatan bank bergantung kepada kerjasama rapat (strong partnership) dan hubungan strategik dengan rakan-rakan kongsi perniagaan.

Simbol tiga segi sama juga melambangkan kestabilan (stability) dan kebolehpercayaan (reliability). Kestabilan bank terutama kedudukan kewangannya dan kebolehpercayaan adalah antara prinsip-prinsip kejayaan bank ini di masa hadapan.

Warna merah pada logo menunjukkan tenaga, kuasa, semangat dan dedikasinya sebagai sebuah bank yang terkemuka dalam melaksanakan mandat negara bagi menjayakan sektor pertanian.

Warna hitam pada rangkaikata AGROBANK dipilih bagi tujuan penjelasan penggunaan (for clarity of application).

Font yang digunakan ialah Frutiger. Font ini sangat sesuai bagi tujuan percetakan dan membuat papan tanda kerana hurufnya jelas dan kemas.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox Versi 2.0 dan ke atas dengan resolusi skrin 1024 x 768