Pindahan Dana Antara Bank (IBFT) Pindahan Dana Antara Bank (IBFT)

Ciri-ciri produk untuk IBFT

Pengenalan IBFT (Interbank Fund Transfer) - Pindahan Wang Antara Bank

Apakah IBFT?

  • IBFT membolehkan pelanggan bank memindahkan wang dari satu akaun ke akaun lain di bank lain.
  • Penerima akan menerima wang segera dan serta-merta.
  • Pemindahan adalah secara ON LINE dan REAL TIME


Pemindahan Dana yang dibenarkan adalah seperti berikut :

  • CASA (Akaun Semasa / Simpanan)
  • Kad Kredit
  • Pinjaman/Pembiayaan


Bagaimana ia berfungsi?

Terdapat 3 cara yang berbeza untuk menggunakan perkhidmatan ini seperti: -

  • Pemindahan Wang Antara Bank menggunakan ATM bank pelanggan.
    Pelanggan boleh memindahkan dana daripada akaun sendiri ke akaun benefisiari/penerima (akaun dikekalkan dalam bank yang berbeza) menggunakan ATM bank sendiri.
  • Pemindahan Wang Antara Bank menggunakan ATM bank benefisiari/penerima.
    Pelanggan boleh memindahkan dana daripada akaun sendiri ke akaun benefisiari/penerima (akaun dikekalkan dalam bank yang berbeza) menggunakan ATM bank benefisiari/penerima.
  • Pemindahan Wang Antara Bank di ATM bank lain.
    Pelanggan juga boleh memindahkan dana antara dua akaun yang dikekalkan dalam sebuah bank di ATM bank lain.

Had transaksi

  • Bergantung kepada had pengeluaran ATM harian pelanggan

Senarai bank-bank yang terlibat dalam IBFT adalah seperti berikut :

  • Affin Bank
  • Alliance Bank
  • Al Rajhi Bank
  • AmBank
  • Bank Islam Malaysia
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
  • Bank Muamalat Malaysia
  • Bank Simpanan Nasional
  • CIMB Bank
  • Citibank
  • Hong Leong Bank
  • HSBC
  • Kuwait Finance House
  • Maybank
  • OCBC Bank
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Standard Chartered Bank
  • United Overseas Bank

Caj-caj penggunaan IBFT

SenarioMenggunakan ATMTransaksi CASA, Kad Kredit & PinjamanCaj Transaksi
DariKe
Senario 1AgrobankAgrobankAgrobankBukan transaksi IBFT
Senario 2AgrobankAgrobankAny Local BankRM1.00
Senario 3AgrobankAgrobankAny LIFB**RM4.00
Senario 4AgrobankAny Local BankAgrobankRM1.00
Senario 5AgrobankAny LIFB **AgrobankRM4.00
Senario 6Local Bank AAgrobankAgrobankRM1.00
Senario 7Local Bank AAgrobankLocal Bank ARM1.00
Senario 8Local Bank ALocal Bank AAgrobankRM1.00
Senario 9LIFB Bank B**AgrobankAgrobankRM4.00
Senario 10LIFB Bank B**AgrobankLIFB Bank BRM4.00
Senario 11LIFB Bank B**LIFB Bank BAgrobankRM4.00

*** 0.30 untuk MEPS
** Apa-apa Transaksi LIFB akan di caj RM4.00

Chat
Chat is temporarily unavailable.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox Versi 2.0 dan ke atas dengan resolusi skrin 1024 x 768