AGROBANK adalah sebuah bank yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan didaftarkan sebagai “Bank Pertanian Malaysia Berhad”. Agrobank merupakan sebuah entiti milik kerajaan Malaysia.
Agrobank yang mula beroperasi pada 1 April 2008, pada asalnya adalah Bank Pertanian Malaysia (BPM) yang ditubuhkan pada 1 September 1969 di bawah Akta Parlimen Bank Pertanian Malaysia Bil. 9/69. BPM telah beroperasi sebagai sebuah badan berkanun bermula tahun 1970.
Objektif seperti berikut
- Menggalakkan kemajuan sempurna dalam sektor pertanian di Malaysia atau mana-mana bahagiannya
- Menyelaras dan menyelia bantuan kredit daripada kumpulan wang orang awam untuk maksud-maksud pertanian bagi pelbagai jenis orang atau kumpulan orang, sama ada diperbadankan atau tidak
- Mengadakan kemudahan - kemudahan pinjaman, pendahuluan dan kredit untuk kemajuan pertanian termasuklah penghasilan dan pemasaran
- Menyelenggara wang simpanan khususnya dalam bidang pertanian dan bagi mencapai tujuan ini menerima wang simpanan dan deposit masa