AgroKasih-i (Customer Accident Protection Scheme) AgroKasih-i (Customer Accident Protection Scheme)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara atau bukan warganegara Malaysia (pemegang akaun/bukan pemegang akaun Agrobank).
  • Berusia 16 ke 65 tahun (pembaharuan sehingga usia 70 tahun).
  • Sihat dan bebas daripada sebarang kecacatan fizikal. Sekiranya tidak, sila nyatakan.

SKOP PERLINDUNGAN

  • Perlindungan 24 jam di seluruh dunia untuk warganegara Malaysia dan bagi bukan warganegara, perlindungan adalah terhad di dalam Malaysia sahaja.
  • Tarikh kuatkuasa adalah serta merta daripada tarikh pembelian skim.

BAYARAN PERKHIDMATAN

  • RM 50 setahun

MANFAAT PERLINDUNGAN

 MANFAAT

JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)

Kematian Akibat Kemalangan

25,000.00

Hilang Upaya Kekal (Skala II)

40,000.00

Biaya Perubatan:

  • Akibat Kemalangan, Termasuk Ragut

 

1,000.00

Penggantian Dokumen Yang Hilang (Akibat Diragut)

250.00

Pengeluaran ATM Secara Ugutan

500.00

Manfaat Pendapatan Hospital (Sehingga 30 hari)

30.00 sehari

Fi Ambulan

200.00

Biaya Pengkebumian

500.00

Manfaat Belas Kasihan (Khairat Kematian) *

*Jika berlaku kematian dari semua punca setelah semua dokumen yang diperlukan diserahkan, waris si mati akan dibayar mengikut amaun di Jadual manfaat sebagai manfaat belas kasihan dan manfaat ini dibayar tambahan dari jumlah pokok.

3,000.00

  • Kelayakan bagi Manfaat Belas Kasihan (Khairat Kematian) ini bermula enam (6) bulan setelah Orang Yang Dilindungi telah dimasukkan ke dalam Sijil Takaful, melainkan bagi kejadian kemalangan bermula dari tarikh mula perlindungan. Walaubagaimanapun, jika perlindungan luput, tempoh tunggu tangguh akan digunakan semula.

PENGECUALIAN-PENGECUALIAN AM

Pengendali Takaful tidak akan bertanggungjawab ke atas manfaat kematian atau kecederaan pada tubuh badan yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh atau berpunca daripada:

  • Penglibatan atau penyertaan Orang Yang Dilindungi dalam:
    • Menjalankan tugas sebagai atau bagi angkatan tentera darat, laut ata uudara; polis; bomba atau yang seumpama yang berkaitan dengan keselamatan negara/syarikat/perniagaan (kecuali mereka yang bertugas dalam bidang pengurusan pejabat)
    • Sukan profesional/sukan musim sejuk selain daripada meluncur ais.
    • Memanjat permukaan batu atau mendaki gunung yang memerlukan penggunaan tali atau pemandu, meneroka gua, meluncur udara, terjun bungee, payung terjun atau sebarang perlumbaan melainkan yang menggunakan kaki.
    • Memandu pesawat atau terlibat dalam sebarang kegiatan udara yang lain melainkan sebagai penumpang yang membayar tambang dalam pesawat yang berlesen yang dikendalikan oleh krew profesional di antara lapangan terbang yang diselenggara rapi.
    • Perbuatan jenayah atau perbuatan yang melanggar undang-undang atau sebarang kegiatan haram.
  • Dipengaruhi oleh pengambilan alkohol dan dadah melainkan dadah tersebut diambil atas arahan pengamal perubatan yang berkelayakan di sisi undang-undang dengan syarat arahan tersebut bukan untuk merawat penagihan dadah.
  • Pembunuhan atau serangan akibat provokasi, sengaja mencederakan diri sendiri, membunuh diri atau cuba membunuh diri atau sebarang percubaan melakukan perkara sedemikian sama ada dalam keadaan siuman atau tidak siuman. Sebarang perbuatan yang dirancang oleh Orang Yang Dilindungi atau mana-mana pihak bertujuan mendapatkan bayaran manfaat.
  • Kehamilan, kelahiran anak, kecacatan atau kelemahan fizikal atau mental yang sedia wujud, lain-lain kekurangan urat saraf, kecacatan fizikal dalam pelbagai cara seperti kerencatan, atau memerlukan bantuan alat berjalan dan mendengar.
  • Kecacatan yang sedia wujud, kecacatan fizikal dalam mana-mana keadaan tempang, atau memerlukan alat bantuan untuk berjalan atau alat bantuan untuk mendengar yang wujud sejak permulaan Sijil ini dan juga mana-mana kecederaan yang berlanjutan kepada kecacatan fizikal yang sedia wujud.
  • Pendedahan secara sengaja kepada bahaya luar biasa (kecuali dalam usaha menyelamatkan nyawa manusia).
  • HIV (Virus Kurang Daya Tahan Penyakit Manusia) dan/atau sebarang penyakit berkaitan HIV termasuk AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) atau Masalah Berkaitan AIDS (ARC), tidak kira bagaimana ia disebabkan dan/atau sebarang derivatif mutasi, variasi atau rawatan tidak kira bagaimana ia disebabkan kecuali melalui pemindahan darah di hospital.
  • Penglibatan secara langsung dalam rusuhan atau kekacauan awam, serangan, tindakan musuh asing. pertempuran (samaada peperangan diisytiharkan atau tidak), pemberontakan, revolusi, penderhakaan, kuasa tentera atau rampasan kuasa.
  • Radiasi pengionan dan pencemaran sinaran radioaktif daripada bahanapi nuklear atau sebarang sisa nuklear daripada pembakaran bahanapi nuklear. Bagi tujuan pengecualian ini, pembakaran termasuk sebarang proses pembelahan nuklear selenggara diri.
  • Peperangan, peperangan saudara – tidak kira diisytiharkan atau tidak
  • Sebarang kegiatan keganasan
  • Menunggang motosikal atau memandu tanpa lesen memandu yang sah.

Best Viewed using IE Version 7.0 or Mozilla Firefox Version 2.0 and above with a screen resolution of 1024 X 768