Kenali Kami Kenali Kami
   

Agrobank adalah sebuah bank yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan perbankan yang menyeluruh. Kami mengutamakan kehendak dan keperluan para pelanggan dengan menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan yang menarik seperti simpanan, khidmat perbankan, kemudahan pembiayaan, perlindungan takaful dan khidmat nasihat.

Agrobank adalah sebuah bank milik kerajaan (GLC) di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). Dasar pembiayaan bagi sektor pertanian adalah berpandukan polisi yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Agrobank sebagai kesinambungan Bank Pertanian Malaysia mempunyai pengalaman selama 40 tahun dalam bidang perbankan pertanian yang mempunyai rekod cemerlang dalam membentuk dan membina usahawan-usahawan yang berjaya. Dengan jaringan rangkaian cawangan yang luas di seluruh Malaysia, kami pasti memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua.

                                                                                  

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox Versi 2.0 dan ke atas dengan resolusi skrin 1024 x 768